 |
Sambil-sambil lepak minum discuss negara mana nak travel :p |
Bila dah ada list tu, bermulalah discussion
antaranya kami sambil-sambil survey harga ticket di semua airlines dan juga
survey cerita percutian kat blog-blog. Kami pun buat conclusion, alang-alang
nak bercuti labur jelah duit sedikit untuk ke negara-negara Eropah. Tetapi
dalam fikiran, cuma mahu ke Paris, tetapi "alang-alang menyeluk pekasam biarlah
sampai ke pangkal lengan". Dengan itu. pelbagai negara telah kami list nya bukan
Paris sahaja iaitu :
- Paris, FRANCE
- London, Manchester, Liverpool, ENGLAND
- Brussel, BELGIUM
- Amsterdam, HOLLAND
Saya pasti, bagi mereka yang belum pernah datang ke Eropah ini
pasti teringin untuk menjejakkan kaki ke Paris, London dan Amsterdam. Ini
adalah 3 contoh bandar yang paling digemari oleh pelancong dari seluruh dunia. Maka saya senaraikan bandar-bandar tersebut dan buat
research tentang apa yang menarik disitu dan apa yang anda ingin buat. Macamana
nak buat research? Gunalah khidmat google! Selesai research maka saya akan
senaraikan lagi seperti berikut:-
- · Paris, FRANCE – Eiffel Tower,Champs-Élysées, The
Louvre, Arc de Triomphe, Notre Dame,etc
- · London, ENGLAND – London Bridge, Big Ben, London Eye,
Buckhingham Palace, Notting Hill, Oxford Road, Bicester Village..etc
- · Brussel, BELGIUM – Grote Markt/Grand Palace, Manekin
Piss, Antomium, Mini Europe..etc
- · Amsterdam, HOLLAND – Tulips in Keukenhoff, Windmill at
Sansee Schan, Vollandam, Amsterdam Canal Ring, I Amsterdam, etc
 |
TARAA! Saya guna Tripomatic untuk kenal pasti jarak antara tempat-tempat menarik! |
Jadi apabila sudah disenaraikan semua bandar berserta
tempat yang ingin dilawati berserta aktiviti yang anda ingin lakukan maka kita
akan dapat buat itinerari dengan lebih lengkap dan tepat. Dengan itu, antara
ramai-ramai yang pergi, saya ditugaskan untuk membuat itinerari sepenuhnya. Sila
rujuk gmbar itinerari hasil tangan saya dibawah :
 |
Okay ni contoh saya buat. Lebih kurang la, ada tarikh, masa, nama tempat tu paling penting! |
2 .
Nak pergi dengan siapa?
Mengembara bukanlah untuk semua orang.
Ada yang suka melancong yakni semuanya diuruskan dan tinggal di hotel, pergi
shopping dan sebagainya. Ada yang betul-betul suka mengembara, masuk ke segenap
ceruk kampung, melawat tempat-tempat bersejarah, tidak mahu membeli belah,
sanggup tinggal di hostel atau homestay sahaja dan sanggup bangun awal pagi dan
balik lewat malam dan sebagainya.
Kawan atau rakan kembara adalah sangat
penting yang “sekepala” kerana jika tidak kembara anda akan menjadi “spoil”
disebabkan seorang atau dua yang tidak sekepala dan selalu akan melewatkan atau
menggagalkan rancangan perjalanan anda. Ini serius. Disebabkan kami membuat
keputusan untuk menyewa kereta, maka 4 orang rakan kembara sudah cukup untuk
memberi keselesaan di dalam kereta dan juga memudahkan untuk menyewa bilik
hotel, apartment atau hotel. Lagi syok jika anda mempunyai rakan di
negara-negara yang anda akan lawati boleh tumpang menginap di rumah mereka.
3. Tetapkan
jenis pengangkutan
Adakah anda ingin
terbang dari satu bandar ke bandar yang lain? Tidakkah anda teringin mengikut
jalan darat bagi menikmati pemandangan yang lebih cantik di sepanjang
perjalanan? Ataupun bas, keretapi, atau memandu sendiri?
#Memandu
Sendiri (PILIHAN TEAM SAYA – HIGHLY RECOMMENDED!)
Memandu di Eropah adalah
menyeronokkan (tentunya bukan saya yang drive). Anda akan menikmati pemandangan
yang cantik sepanjang jalan dan boleh berhenti mengambil gambar dan sebagainya.
Untuk memandu di sini anda hanya perlukan lesen memandu Malaysia yang sah,
berumur lebih 19 tahun dan juga mempunyai kredit kad. Kalau tidak mahu banyak soal apabila ditahan pihak berkuasa disana, anda boleh memohon lesen memandu antarabangsa disini dengan harga RM150. Ini pilihan, jika tidak mahu dan hanya menggunakan lesen Malaysai pun tidak mengapa.
 |
Cukup hanya seorang membuat lesen memandu antarabangsa. Ni salah seorang driver team saya! :D |
Ramai yang takut sebenarnya untuk memandu
di sini kerana jalannya yang terbalik (memandu di sebelah kanan) dan stereng
kereta di sebelah kiri, gear sebelah kanan, signal sebelah kiri, wiper sebelah
kanan yang mana semuanya terbalik. Anda akan panik, risau, gelisah atau orang
putih panggil “overwhelming” pada 30 minit yang pertama sahaja dan selepas itu
semua perasaan tadi akan hilang.
Setelah
melakukan research kereta sewa termurah di Eropah, kami telah memilih Europcar untuk
menyewa. http://europcar.com Namun sila pastikan yang
kereta tersebut diberikan “Unlimited Mileage” maknanya anda boleh memandu
sejauh yang mungkin. Bagi kenderaan yang diberikan “limited mileage” maka agak
susah kerana telah ditetapkan had kilometernya dan sekiranya anda memandu lebih
dari had maka akan dicaj bagi setiap kilometer yanglebih tadi sekitar 15 sen
per kilometer. Selain itu, yang paling penting adalah kereta sewa tersebut
haruslah ada sistem pandu arah atau GPS. Langkah pertama untuk
menggunakan GPS adalah dengan menukar bahasa kepada English terlebih
dahulu. Sila pergi ke setting dan tukar bahasa. Kalau tidak GPS anda akan
bercakap dan memberi arahan di dalam bahasa jerman atau perancis atau dutch dan
sebagainya. Kemudian masukkan semua alamat yang telah dicatat di dalam Navi
atau Gps tadi. Kereta yang diberikan kepada anda adalah
dengan minyak yang penuh atau “full tank”. Sentiasa isi minyak di kawasan
bandar berbanding di lebuhraya kerana harganya lebih murah. Harga minyak di
Eropah ini berubah setiap hari.
 |
Ni lah kereta sewa kami. Ni sewa yang paling murah dan sangat jimat minyak! |
4.
Tarikh perjalanan
Antara bulan yang paling baik adalah diantara bulan April
sehinggalah bulan September. Waktu siang hari adalah panjang – jadi anda boleh berjalan-jalan sehingga
jam 10 malam dan masih cerah lagi. Jadi sangat untung. Musim sejuk siangnya
adalah pendek. Pukul 4.15 petang sudah gelap, jadi tak ada apa yang boleh
dilihat ketika gelap – agak rugi. Datang ketika musim panas tak perlu
berbelanja lebih untuk membeli jaket, boot, snow cap, long john dan sebagainya
lagi namum kalau datang ketika musim sejuk maka kos anda akan meningkat. Saya Cuma
berbelanja 2 helai baju sejuk di bundle dengan harga Rm10 sehelai.

Setelah
survey semua harga tiket, tiket termurah kami dapat adalah di Etihad Airlines
iaitu pada harga RM 2200.00 seorang dengan free 30kg luggage dan food services
3 kali setiap perjalanan. Kami berhenti transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi selama
3 jam. Manakala perjalan KL-Abu Dhabi memakan masa 7 jam dan perjalanan dari Abu
Dhabi ke Paris adalah selama 7 jam. Jumlah jam dari KLIA ke Airport Paris
adalah selama 17 jam. Tapi anda semua tak perlu risau, di dalam flight pelbagai
kemudahan diperolehi, selain makan, terhadap tab kecil untuk menonton pelbagai
movie, kemudahan wifi, pengecas telefon dan sepertis biasa tandas serta
kelengkapan lain seperti berus gigi, selimut dan sebagainya.
 |
Makanan dalam flight! Not bad, nasi pun ada. Sambil layan movie tak terasa 17 jam! |
5.
Kenalpasti lauan yang akan digunakan
untuk pemandu.
Gunakan google map untuk plot laluan anda. Negara manakah
yang harus dituju terlebih dahulu dan seterusnya. Dengan ini kita dapat elakkan
dari melalui jalan yang sama atau bandar yang sama berulang kali. Sila lihat
contoh google map di bawah ini di mana sekiranya saya mulakan perjalanan dari
Paris – London – Amsterdam – Brussel
 |
Paris-London-Manchester-Liverpool-Amsterdam-Brussel |
Setelah laluan dikenalpasti maka saya dapati ada
beberapa bandar yang boleh saya singgah di sepanjang perjalanan tersebut.
Sekiranya naik keretapi atau kapalterbang maka saya tidak akan dapat peluang
ini. Jadi, bandar-bandar yang akan saya lawati atau singgah
sekejap sepanjang perjalanan ini adalah:-
- Paris (France)
- Reims (France
- Calais (France)
- Dover (England)
- London (England)
- Coventry
(England)
- Manchester
(England)
- Liverpool
(England)
- Amsterdam
(Netherlands)
- The
Hague (Netherlands)
- Rotterdam (Netherlands)
- Antwerp
(Belgium)
- Ghent (Belgium)
- Brussels (Belgium)
6.
Berapa hari diperlukan dan tempat penginapan
Team saya telah membuat keputusan untuk mengambil masa
bercuti selama 10 hari. Jadi saya akan cuba “squeeze” itinerari saya supaya
dalam masa 10 hari tadi saya akan dapat pergi ke semua tempat yang telah saya
senaraikan. Berdasarkan Google Map saya dapat tengok dan tahu jarak dari satu
tempat ke tempat yang lain di dalam sesebuah bandar maka saya boleh bajet
berapa lama untuk saya berada di sesuatu tempat sebelum saya perlu bergerak ke
tempat yang lain.
Selepas itu berdasarkan apa yang boleh dilawati di
bandar tersebut saya akan tahu berapa lamakah masa yang saya perlukan. Maka, kami telah bermalam dibandar seperti berikut:
- Paris (France) – 1 malam hotel
di Campigny
- Reims (France – singgah sebentar
- Calais (France) – singgah sebentar
- Dover (England) – 1 malam tidur
di dalam kereta
- London (England) – 1 malam di
hotel berhadapan Malaysian Hall
- Coventry
(England) – 2 malam rumah kawan
- Manchester
(England) – singgah sebentar
- Liverpool
(England) – singgah sebentar
- Amsterdam
(Netherlands) – 1 malam di hotel Kuekenhof
- The
Hague (Netherlands) – singgah sebentar
- Rotterdam (Netherlands)
– singgah sebentar
- Antwerp
(Belgium) – singgah sebentar
- Ghent (Belgium)
– 1 malam tidur di dalam kereta
- Brussels (Belgium)
– singgah sebentar
 |
Banyak-banyak hotel, hotel ni favourite saya! Campigny Paris! 20 minit je dari Eiffle Tower. |
7. Makanan
Makanan adalah perkara yang paling dikhuatiri bagi kita
pengembara beragama islam. Untuk mendapatkan makanan yang dijamin 100% halal
adalah sangat sukar. Sekiranya anda ke London maka agak mudah mencari restoran
melayu atau Malaysia. Terdapat puluhan restoran Malaysia di London, anda cuma
perlu google dan catatkan alamat mereka. Bahagian ni team saya agak dapat menjimatkan kos. Ini
kerana, 1 luggage kami bawa dari Malaysia adalah untuk makanan sahaja.
Antaranya adalah berisi :
- ·
Maggie cup (
sehari 2 cup/pax) *sangat penting
- ·
Chocolate bar
( penting untuk energy sepanjang perjalanan)
- ·
Tuna/jem
- ·
Roti
- ·
Junkfood etc
8. Komunikasi
Setiap orang mempunyai telefon pintar sekarang ini dan
pastinya memerlukan internet untuk berhubung, bersosial dan sebagainya. Pada
mulanya, saya hanya bergantung kepada wifi semata-mata. Agak mudah untuk
perolehi talian wifi disana, dimana-mana seperti dibandar, terdapat Mcd, KFC,
Starbucks. Manalala, jika dalam perjalanan, setiap Services(RnR), ada talian
wifi mereka sendiri. Walaubagaimanapun, kami teringin untuk cuba membeli
simcard, jadi seorang daripada team kami telah membeli 1 sim card di London
iaitu sim three.uk dengan harga 15 euro. Istimewanya, sim ini boleh coverage
sehingga 18 buah negara. Jadi, kemana kami merantau disana, masih boleh menggunakan
sim card yang sama dan unlimited internet. Hanya seorang, tetapi kebetulan
semua antara kami memakai telefon pintar Iphone, maka dengan mudah kami hanya
memakai khidmat Hotspot tanpa risau kuota internetnya.
9. Bajet
Ini adalah bahagian yang terakhir dan paling penting. Berikut saya
senaraikan perkara-perkara yang telah kami keluarkan untuk sekumpulan 4 orang
untuk 10 hari.
§ Tiket
kapalterbang dari KL ke Eropah = RM2,200 seorang pergi balik = (RM8,800)
§
Kos
pengangkutan (kereta sewa) = RM600 / 9 hari
§
Kos Insuran
kereta (optional) = RM770
*jika apa-apa berlaku, jika tiada insuran, akan
dikenakan bayaran sebanyak harga kereta disewa
§
Kos minyak
dan tol = RM800 / 9 hari
§
Kos parking
= RM500/ 9 hari
§
Kos feri ke
London = RM300 / pergi balik
§
Kos
penginapan
*hotel di Paris (1malam) = RM350
*hotel di London (1 malam) = RM450
*hotel di Amsterdam (1 malam) = RM420
*2 malam menumpang rumah kawan, 2 malam tidur di dalam
kereta
§
Kos
makan/minum = RM100/seorang sehari X 4 orang X 9 hari = RM3,600
*tambah RM200 makanan dibawa dari Malaysia
§
Kos Cenderahati
utk keluarga terdekat = RM1,200 / 4 orang
§
Jumlah
keseluruhan = RM17,990/ 4 orang = RM4,497.50 seorang.
Nah saya belanja picture dari Eropah!
Alhamdulillah. Kami tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada pukul 3.00 pm waktu Paris. Usai tiba, kami terus ke kaunter sewa kereta Europe berdekatan sahaja dengan Airport untuk mengambil kereta yang telah ditempah. Perkara pertama yang paling penting apabila masuk sahaja ke dalam kereta adalah switch on dan study GPS. Pastikan semua alamat yang hendak dituju lengkap dan updated.
Tempat pertama yang kami tuju adalah Eiffle Tower, dimana bermulanya angan-angan, disitulah kami tuju. (HAHAHA). Tapi disebabkan que yang sangat panjang untuk naik ke atas, kami membatalkan rancangan. Apa yang menariknya di Paris, tempat-tempat atau Point of Interest nya boleh dikatakan kebanyakannya berhampiran. Kami hanya perlu parking kereta di satu tempat, dan hanya berjalan kaki ke tempat yang lain sambil menghirup udara yang agak sejuk iaitu pada suhu 15 darjah celcius. Sesiapa antibodi yang lemah pasti akan demam atau selsema. Alhamdulillah, kami semua tiada masalah kesihatan, disebabkan itulah saya pointkan rakan sekembara adalah sangat penting. Andai dapat rakan yang sangat manja dan mudah jatuh sakit, sememangnya akan spoil kan perjalanan satu team.
Saya ingin mengulas sikit sepanjang saya mengembara di bandar Paris. Apa yang team saya dapat lihat mengenai "attitude" masyarakat Paris disana. Paling ketara yang dapat saya lihat adalah sikap memandu di jalan raya. Kami disana agak tergamam dengan sistem jalan raya, bukan kerana sistem jalan raya segalanya terbalik, itu kami dapat terima, tetapi adalah cara pemaduan mereka yang sangatlah "main hentam". Terus rasa bersyukur tinggal di Malaysia. Boleh dikatakan sangat kurang ajar. Tiada hormat-menghormati antara pengguna jalan raya. Jadi, bagi anda yang berniat untuk memandu sendiri di bandar Paris, harap bersedia dari segi mental dan fizikal. Hehe.
 |
Tempat wajib yang pertama. EIFFLE TOWER! |
Petang itu, kami hanya sempat melawat satu tempat sahaja, kami terus ke hotel yang telah ditempah. Cabin hotel yang sangat cantik dan selesa. Dua bilik lengkap dengan semua kemudahan seperti ruang tamu, tv, dan dapur memasak. Kami menyambung perjalanan pada hari yang berikutnya.
 |
Comel kan. Luar memang nampak comel, tetapi didalam memang lengkap dengan pelbagai kemudahan. 2 bilik 2 bilik air, 1 dapur, ruang tamu dan juga tv. Memang selesa. |
Pada hari kedua disana, setelah check out hotel pada jam 10.00 am, kami menyambung pengembaraan sekitar Paris, sekitar pelusuk dan semua tempat wajib pelancong kami jejaki.
 |
Tempat wajib kedua. Lourve Museum! Tempat favourite saya. |
 |
Officemate@future sister-in-law :D |
 |
Tuileries Garden. Nyaman. Sambil makan roti ngan sambal hitam. :p |
 |
Love Lock Bridge. |
 |
Mairie de Paris. |
Setelah berhempas pulas merayau sekitar bandar Paris, lewat petang kami terus bertolak ke London. Dalam perjalanan selama 2 jam ke Calais, Paris, 2 jam di atas ferry, dan 2 jam lebih ke bandar London. Driver kena tukar-tukar, kalau tak memang tak bertenaga harapkan seorang. Untungnya saya, sebab tak pandai drive ! Malam tu kami hanya berehat di Services (RnR) dan bermalam di dalam kereta. Tersangatlah kesejukan sampai terngigau2 meraung kesejukan. HAHA.Saya lah tuh. Apa yang kelakarnya, setelah berjam-jam tidur sejuk nak mati, baru sedar akan kewujudan HEATER dalam kereta! Ya Allah.. Apakah. Haha.
 |
On the way Paris ke London ditemani pemandangan yang indah ciptaan Tuhan, |
 |
Suhu sejuk plus angin bertiup tengah-tengah laut semenangnya menggugat kesihatan. Badan kena tough! |
Alhamdulillah sampai jua ke bandar London. Sesampai je di London, kami terus melawat tempat yang dirancang. Antaranyaaa...
 |
Chealsea Football Club! |
 |
Team kami. Hehehe |
 |
Harrods, London |
 |
Saja try test pasar tani disini. Buah diorang memang fresh n murah! |
 |
London Eye, London. |
 |
Big Ben, London |
Setelah seharian merayap di kota London, kami terus bertolak ke Coventry,UK untuk bermalam disana. Sangat menjimatkan kos jika ada rakan/saudara/kenalan di negara orang. Dengan perjalanan 2 jam sahaja kami tiba di sana pada jam 11.00 pm. Sampai-sampai je tahu tak apa yang terhidang? Nasi! Hahaha. Semua tersangatlah mengidamkan nasi. Kami sangat beruntung suami kepada Kak Ida ni adalah seorang chef yang sangat power masakannnya. Hidangan nasi berlaukkan ikan salmon masak lemak. Yummy!
Malam itu kami beristerirehat dengan sepenuhnya kerana bakal menyambung perjalanan jauh yang seterusnya. Pagi Jumaat itu, dalam jam 10.00 am kami bertolak ke utara UK iaitu bandar Manchester dan Liverpool. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk tiba di bandar Mancehster. Tujuan kesana hanya lah untuk menjejaki ke stadium Manchester United, Etihad stadium (Mancehster City), dan Liverpool Stadium.
Maka, dengan itu lengkaplah menjejaki kaki ke 4 stadium terkenal di negara UK. Setelah lewat senja, kami pulang ke Coventry dan menghabiskan masa bersama keluarga Kak Ida.
Hari seterusnya, kami breakfast hidangan western sememangnya woww dari suami Kak Ida. Selepas makan, Kami dan keluarga Kak Ida terus meneruskan perjalananan menegembara sekitar bandar Coventry.
 |
Autumn baby! Lahir masa winter. Omputih betul budak ni. Hehe |
 |
Layanan A++ daripada Kak Ida dan suami. Jasamu dikenang. |
Apa yang menariknya mengenai Coventry ni adalah, kos sara diri yang sangat rendah. Dengan 2 pound sahaja, kami boleh menikmati satu makanan lengkap di restoren segera seperti KFC. Terdapat juga kedai 1 pound dimana semua barangan berharaga 1 pound, sama seperti di Malaysia dimana terdapat Kedai RM2. Kami berpeluang shopping makanan di sana dengan total hanya 18 pound! Tetapi makanan yang kami perolehi seperti harga ratus2 di Malaysia.
Lewat petang, kami pulang ke rumah Coventry untuk packing semua barang untuk ke Port Dover,London semula. Setalah 2 jam tiba di Terminal Ferry, kuota ferry full pula, dan kami terpaksa hanya bermalam di Services(RnR) yang disediakan. Keesokkannya pada 10.00 am kami terus menaiki ferry ke Calais Terminal, Paris dan terus ke negara ketiga kami iaitu Amsterdam! Here we go!
Museumplain&Rijksmuseum, North Holland!
 |
Ringvaart van de Haarlemmermeerpolder |
 |
Zaanse Schans WildMill |
 |
Dam Square |
Maka, dengan itu berakhirlah pengembaraan kami sekitar negara Eropah. Banyak lagi yang ingin saya coretkan disini, tetapi nak menyambut kedatangan Syawal ni, banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Harap coretan saya ini memberi panduan atau rujukan kawan-kawan semua! Ni penutup untuk semua... :p
BABAI!