Thursday, July 9, 2015

Europe trip Jun 2015

Assamualaikum,

Warning! Artikel ini adalah untuk “budget traveller” yakni untuk pengembara bukannya pelancong yang inginkan keselesaan dan kemewahan. Ianya untuk mereka yang mempunyai bajet yang kecil dan teringin untuk berjalan-jalan di bumi Eropah dan sanggup untuk makan roti atau kebab berbanding “full course meal” di hotel atau restoran.

Benda pertama yang anda kena buat dahulu adalah berangan! Lepas je dah ada angan-angan tu, boleh lah proceed ke langkah seterusnya, seperti di bawah :

           1.    Negara atau bandar mana yang ingin dilawati?

Sebenarnya, angan-angan pertama yang saya nak sangat nak pergi adalah Paris. Selalunya berangan dan sampai tahap sedihnya pergi edit gambar sendiri jadikan di depan Eiffle Tower, Paris. HAHA.

Sedih kannnnn.... :D

Tapi berangan tu berbaloi apabila bestfriend/fiancee melontarkan idea untuk bercuti ke mana-mana negara Asia bersama officemate semua. Tapi tak semua, cuma 4 orang termasuk saya. Jadinya, tersenarainya pelbagai negara untuk kami mengembara. Tentunya secara backpacking tidaklah melalui agen pelancongan yang sememangnya mahal. Antara negara tersenarai adalah Jepun, Istanbul, GoldCost, Korea. Melbourne, Hongkong dll.

Sambil-sambil lepak minum discuss negara mana nak travel :p
Bila dah ada list tu, bermulalah discussion antaranya kami sambil-sambil survey harga ticket di semua airlines dan juga survey cerita percutian kat blog-blog. Kami pun buat conclusion, alang-alang nak bercuti labur jelah duit sedikit untuk ke negara-negara Eropah. Tetapi dalam fikiran, cuma mahu ke Paris, tetapi "alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan". Dengan itu. pelbagai negara telah kami list nya bukan Paris sahaja iaitu :


  • Paris, FRANCE
  • London, Manchester, Liverpool, ENGLAND
  • Brussel, BELGIUM
  • Amsterdam, HOLLAND 
Saya pasti, bagi mereka yang belum pernah datang ke Eropah ini pasti teringin untuk menjejakkan kaki ke Paris, London dan Amsterdam. Ini adalah 3 contoh bandar yang paling digemari oleh pelancong dari seluruh dunia. Maka saya senaraikan bandar-bandar tersebut dan buat research tentang apa yang menarik disitu dan apa yang anda ingin buat. Macamana nak buat research? Gunalah khidmat google! Selesai research maka saya akan senaraikan lagi seperti berikut:-


  • ·    Paris, FRANCE – Eiffel Tower,Champs-Élysées, The Louvre, Arc de Triomphe, Notre Dame,etc
  • ·    London, ENGLAND – London Bridge, Big Ben, London Eye, Buckhingham Palace, Notting Hill,     Oxford Road, Bicester Village..etc
  • ·    Brussel, BELGIUM – Grote Markt/Grand Palace, Manekin Piss, Antomium, Mini Europe..etc
  • ·    Amsterdam, HOLLAND – Tulips in Keukenhoff, Windmill at Sansee Schan, Vollandam, Amsterdam Canal Ring, I Amsterdam, etc




TARAA! Saya guna Tripomatic untuk kenal pasti jarak antara tempat-tempat menarik!
Jadi apabila sudah disenaraikan semua bandar berserta tempat yang ingin dilawati berserta aktiviti yang anda ingin lakukan maka kita akan dapat buat itinerari dengan lebih lengkap dan tepat. Dengan itu, antara ramai-ramai yang pergi, saya ditugaskan untuk membuat itinerari sepenuhnya. Sila rujuk gmbar itinerari hasil tangan saya dibawah :
Okay ni contoh saya buat. Lebih kurang la, ada tarikh, masa, nama tempat tu paling penting!
             2 .    Nak pergi dengan siapa?

Mengembara bukanlah untuk semua orang. Ada yang suka melancong yakni semuanya diuruskan dan tinggal di hotel, pergi shopping dan sebagainya. Ada yang betul-betul suka mengembara, masuk ke segenap ceruk kampung, melawat tempat-tempat bersejarah, tidak mahu membeli belah, sanggup tinggal di hostel atau homestay sahaja dan sanggup bangun awal pagi dan balik lewat malam dan sebagainya.
Kawan atau rakan kembara adalah sangat penting yang “sekepala” kerana jika tidak kembara anda akan menjadi “spoil” disebabkan seorang atau dua yang tidak sekepala dan selalu akan melewatkan atau menggagalkan rancangan perjalanan anda. Ini serius. Disebabkan kami membuat keputusan untuk menyewa kereta, maka 4 orang rakan kembara sudah cukup untuk memberi keselesaan di dalam kereta dan juga memudahkan untuk menyewa bilik hotel, apartment atau hotel. Lagi syok jika anda mempunyai rakan di negara-negara yang anda akan lawati boleh tumpang menginap di rumah mereka.
3.    Tetapkan jenis pengangkutan
Adakah anda ingin terbang dari satu bandar ke bandar yang lain? Tidakkah anda teringin mengikut jalan darat bagi menikmati pemandangan yang lebih cantik di sepanjang perjalanan? Ataupun bas, keretapi, atau memandu sendiri?
#Memandu Sendiri (PILIHAN TEAM SAYA – HIGHLY RECOMMENDED!)
Memandu di Eropah adalah menyeronokkan (tentunya bukan saya yang drive). Anda akan menikmati pemandangan yang cantik sepanjang jalan dan boleh berhenti mengambil gambar dan sebagainya. Untuk memandu di sini anda hanya perlukan lesen memandu Malaysia yang sah, berumur lebih 19 tahun dan juga mempunyai kredit kad. Kalau tidak mahu banyak soal apabila ditahan pihak berkuasa disana, anda boleh memohon lesen memandu antarabangsa disini dengan harga RM150. Ini pilihan, jika tidak mahu dan hanya menggunakan lesen Malaysai pun tidak mengapa.


Cukup hanya seorang membuat lesen memandu antarabangsa. Ni salah seorang driver team saya! :D
Ramai yang takut sebenarnya untuk memandu di sini kerana jalannya yang terbalik (memandu di sebelah kanan) dan stereng kereta di sebelah kiri, gear sebelah kanan, signal sebelah kiri, wiper sebelah kanan yang mana semuanya terbalik. Anda akan panik, risau, gelisah atau orang putih panggil “overwhelming” pada 30 minit yang pertama sahaja dan selepas itu semua perasaan tadi akan hilang.
Setelah melakukan research kereta sewa termurah di Eropah, kami telah memilih Europcar untuk menyewa. http://europcar.com Namun sila pastikan yang kereta tersebut diberikan “Unlimited Mileage” maknanya anda boleh memandu sejauh yang mungkin. Bagi kenderaan yang diberikan “limited mileage” maka agak susah kerana telah ditetapkan had kilometernya dan sekiranya anda memandu lebih dari had maka akan dicaj bagi setiap kilometer yanglebih tadi sekitar 15 sen per kilometer. Selain itu, yang paling penting adalah kereta sewa tersebut haruslah ada sistem pandu arah atau GPS. Langkah pertama untuk menggunakan GPS adalah dengan menukar bahasa kepada English terlebih dahulu. Sila pergi ke setting dan tukar bahasa. Kalau tidak GPS anda akan bercakap dan memberi arahan di dalam bahasa jerman atau perancis atau dutch dan sebagainya. Kemudian masukkan semua alamat yang telah dicatat di dalam Navi atau Gps tadi. Kereta yang diberikan kepada anda adalah dengan minyak yang penuh atau “full tank”. Sentiasa isi minyak di kawasan bandar berbanding di lebuhraya kerana harganya lebih murah. Harga minyak di Eropah ini berubah setiap hari.
Ni lah kereta sewa kami. Ni sewa yang paling murah dan sangat jimat minyak!

           4.    Tarikh perjalanan

Antara bulan yang paling baik adalah diantara bulan April sehinggalah bulan September. Waktu siang hari adalah panjang – jadi anda boleh berjalan-jalan sehingga jam 10 malam dan masih cerah lagi. Jadi sangat untung. Musim sejuk siangnya adalah pendek. Pukul 4.15 petang sudah gelap, jadi tak ada apa yang boleh dilihat ketika gelap – agak rugi. Datang ketika musim panas tak perlu berbelanja lebih untuk membeli jaket, boot, snow cap, long john dan sebagainya lagi namum kalau datang ketika musim sejuk maka kos anda akan meningkat. Saya Cuma berbelanja 2 helai baju sejuk di bundle dengan harga Rm10 sehelai. 


Setelah survey semua harga tiket, tiket termurah kami dapat adalah di Etihad Airlines iaitu pada harga RM 2200.00 seorang dengan free 30kg luggage dan food services 3 kali setiap perjalanan. Kami berhenti transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi selama 3 jam. Manakala perjalan KL-Abu Dhabi memakan masa 7 jam dan perjalanan dari Abu Dhabi ke Paris adalah selama 7 jam. Jumlah jam dari KLIA ke Airport Paris adalah selama 17 jam. Tapi anda semua tak perlu risau, di dalam flight pelbagai kemudahan diperolehi, selain makan, terhadap tab kecil untuk menonton pelbagai movie, kemudahan wifi, pengecas telefon dan sepertis biasa tandas serta kelengkapan lain seperti berus gigi, selimut dan sebagainya.




Makanan dalam flight! Not bad, nasi pun ada. Sambil layan movie tak terasa 17 jam!

           5.    Kenalpasti lauan yang akan digunakan untuk pemandu.

Gunakan google map untuk plot laluan anda. Negara manakah yang harus dituju terlebih dahulu dan seterusnya. Dengan ini kita dapat elakkan dari melalui jalan yang sama atau bandar yang sama berulang kali. Sila lihat contoh google map di bawah ini di mana sekiranya saya mulakan perjalanan dari Paris – London  – Amsterdam – Brussel


Paris-London-Manchester-Liverpool-Amsterdam-Brussel
Setelah laluan dikenalpasti maka saya dapati ada beberapa bandar yang boleh saya singgah di sepanjang perjalanan tersebut. Sekiranya naik keretapi atau kapalterbang maka saya tidak akan dapat peluang ini. Jadi, bandar-bandar yang akan saya lawati atau singgah sekejap sepanjang perjalanan ini adalah:-
  • Paris (France)
  • Reims (France
  • Calais (France)
  • Dover (England)
  • London (England)
  • Coventry (England)
  • Manchester (England)
  • Liverpool (England)
  • Amsterdam (Netherlands)
  • The Hague (Netherlands)
  • Rotterdam (Netherlands)
  • Antwerp (Belgium)
  • Ghent (Belgium)
  • Brussels (Belgium)
             6.    Berapa hari diperlukan dan tempat penginapan

Team saya telah membuat keputusan untuk mengambil masa bercuti selama 10 hari. Jadi saya akan cuba “squeeze” itinerari saya supaya dalam masa 10 hari tadi saya akan dapat pergi ke semua tempat yang telah saya senaraikan. Berdasarkan Google Map saya dapat tengok dan tahu jarak dari satu tempat ke tempat yang lain di dalam sesebuah bandar maka saya boleh bajet berapa lama untuk saya berada di sesuatu tempat sebelum saya perlu bergerak ke tempat yang lain. 
Selepas itu berdasarkan apa yang boleh dilawati di bandar tersebut saya akan tahu berapa lamakah masa yang saya perlukan. Maka, kami telah bermalam dibandar seperti berikut:
  • Paris (France) – 1 malam hotel di Campigny
  • Reims (France – singgah sebentar
  • Calais (France) – singgah sebentar
  • Dover (England) – 1 malam tidur di dalam kereta
  • London (England) – 1 malam di hotel berhadapan Malaysian Hall
  • Coventry (England) – 2 malam rumah kawan
  •  Manchester (England) – singgah sebentar
  • Liverpool (England) – singgah sebentar
  • Amsterdam (Netherlands) – 1 malam di hotel Kuekenhof
  • The Hague (Netherlands) – singgah sebentar
  • Rotterdam (Netherlands) – singgah sebentar
  • Antwerp (Belgium) – singgah sebentar
  • Ghent (Belgium) – 1 malam tidur di dalam kereta
  • Brussels (Belgium) – singgah sebentar
Banyak-banyak hotel, hotel ni favourite saya! Campigny Paris! 20 minit je dari Eiffle Tower.

        7.    Makanan

Makanan adalah perkara yang paling dikhuatiri bagi kita pengembara beragama islam. Untuk mendapatkan makanan yang dijamin 100% halal adalah sangat sukar. Sekiranya anda ke London maka agak mudah mencari restoran melayu atau Malaysia. Terdapat puluhan restoran Malaysia di London, anda cuma perlu google dan catatkan alamat mereka. Bahagian ni team saya agak dapat menjimatkan kos. Ini kerana, 1 luggage kami bawa dari Malaysia adalah untuk makanan sahaja. Antaranya adalah berisi :
  • ·         Maggie cup ( sehari 2 cup/pax) *sangat penting
  • ·         Chocolate bar ( penting untuk energy sepanjang perjalanan)
  • ·         Tuna/jem
  • ·         Roti
  • ·         Junkfood etc

8. Komunikasi

Setiap orang mempunyai telefon pintar sekarang ini dan pastinya memerlukan internet untuk berhubung, bersosial dan sebagainya. Pada mulanya, saya hanya bergantung kepada wifi semata-mata. Agak mudah untuk perolehi talian wifi disana, dimana-mana seperti dibandar, terdapat Mcd, KFC, Starbucks. Manalala, jika dalam perjalanan, setiap Services(RnR), ada talian wifi mereka sendiri. Walaubagaimanapun, kami teringin untuk cuba membeli simcard, jadi seorang daripada team kami telah membeli 1 sim card di London iaitu sim three.uk dengan harga 15 euro. Istimewanya, sim ini boleh coverage sehingga 18 buah negara. Jadi, kemana kami merantau disana, masih boleh menggunakan sim card yang sama dan unlimited internet. Hanya seorang, tetapi kebetulan semua antara kami memakai telefon pintar Iphone, maka dengan mudah kami hanya memakai khidmat Hotspot tanpa risau kuota internetnya. 


9. Bajet

Ini adalah bahagian yang terakhir dan paling penting. Berikut saya senaraikan perkara-perkara yang telah kami keluarkan untuk sekumpulan 4 orang untuk 10 hari.


§  Tiket kapalterbang dari KL ke Eropah = RM2,200 seorang pergi balik = (RM8,800)
§  Kos pengangkutan (kereta sewa) = RM600 / 9 hari
§  Kos Insuran kereta (optional) = RM770
     *jika apa-apa berlaku, jika tiada insuran, akan dikenakan bayaran sebanyak harga kereta disewa
§  Kos minyak dan tol = RM800 / 9 hari
§  Kos parking = RM500/ 9 hari
§  Kos feri ke London = RM300 / pergi balik
§  Kos penginapan
     *hotel di Paris (1malam) = RM350
     *hotel di London (1 malam) = RM450
     *hotel di Amsterdam (1 malam) = RM420
     *2 malam menumpang rumah kawan, 2 malam tidur di dalam kereta
§  Kos makan/minum = RM100/seorang sehari X 4 orang X 9 hari = RM3,600
     *tambah RM200 makanan dibawa dari Malaysia
§  Kos Cenderahati utk keluarga terdekat = RM1,200 / 4 orang
§  Jumlah keseluruhan = RM17,990/ 4 orang = RM4,497.50 seorang.



Nah saya belanja picture dari Eropah!

Alhamdulillah. Kami tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris pada pukul 3.00 pm waktu Paris. Usai tiba, kami terus ke kaunter sewa kereta Europe berdekatan sahaja dengan Airport untuk mengambil kereta yang telah ditempah. Perkara pertama yang paling penting apabila masuk sahaja ke dalam kereta adalah switch on dan study GPS. Pastikan semua alamat yang hendak dituju lengkap dan updated. 

Tempat pertama yang kami tuju adalah Eiffle Tower, dimana bermulanya angan-angan, disitulah kami tuju. (HAHAHA). Tapi disebabkan que yang sangat panjang untuk naik ke atas, kami membatalkan rancangan. Apa yang menariknya di Paris, tempat-tempat atau Point of Interest nya boleh dikatakan kebanyakannya berhampiran. Kami hanya perlu parking kereta di satu tempat, dan hanya berjalan kaki ke tempat yang lain sambil menghirup udara yang agak sejuk iaitu pada suhu 15 darjah celcius. Sesiapa antibodi yang lemah pasti akan demam atau selsema. Alhamdulillah, kami semua tiada masalah kesihatan, disebabkan itulah saya pointkan rakan sekembara adalah sangat penting. Andai dapat rakan yang sangat manja dan mudah jatuh sakit, sememangnya akan spoil kan perjalanan satu team.

Saya ingin mengulas sikit sepanjang saya mengembara di bandar Paris. Apa yang team saya dapat lihat mengenai "attitude" masyarakat Paris disana. Paling ketara yang dapat saya lihat adalah sikap memandu di jalan raya. Kami disana agak tergamam dengan sistem jalan raya, bukan kerana sistem jalan raya segalanya terbalik, itu kami dapat terima, tetapi adalah cara pemaduan mereka yang sangatlah "main hentam". Terus rasa bersyukur tinggal di Malaysia. Boleh dikatakan sangat kurang ajar. Tiada hormat-menghormati antara pengguna jalan raya. Jadi, bagi anda yang berniat untuk memandu sendiri di bandar Paris, harap bersedia dari segi mental dan fizikal. Hehe. 




Tempat wajib yang pertama. EIFFLE TOWER!
 Petang itu, kami hanya sempat melawat satu tempat sahaja, kami terus ke hotel yang telah ditempah. Cabin hotel yang sangat cantik dan selesa. Dua bilik lengkap dengan semua kemudahan seperti ruang tamu, tv, dan dapur memasak. Kami menyambung perjalanan pada hari yang berikutnya.

Comel kan. Luar memang nampak comel, tetapi didalam memang lengkap dengan pelbagai kemudahan. 2 bilik 2 bilik air, 1 dapur, ruang tamu dan juga tv. Memang selesa.
Pada hari kedua disana, setelah check out hotel pada jam 10.00 am, kami menyambung pengembaraan sekitar Paris, sekitar pelusuk dan semua tempat wajib pelancong kami jejaki.



Tempat wajib kedua. Lourve Museum! Tempat favourite saya.

Officemate@future sister-in-law :D
Tuileries Garden. Nyaman. Sambil makan roti ngan sambal hitam. :p
Love Lock Bridge.

Mairie de Paris.
Setelah berhempas pulas merayau sekitar bandar Paris, lewat petang kami terus bertolak ke London. Dalam perjalanan selama 2 jam ke Calais, Paris, 2 jam di atas ferry, dan 2 jam lebih ke bandar London. Driver kena tukar-tukar, kalau tak memang tak bertenaga harapkan seorang. Untungnya saya, sebab tak pandai drive ! Malam tu kami hanya berehat di Services (RnR) dan bermalam di dalam kereta. Tersangatlah kesejukan sampai terngigau2 meraung kesejukan. HAHA.Saya lah tuh. Apa yang kelakarnya, setelah berjam-jam tidur sejuk nak mati, baru sedar akan kewujudan HEATER dalam kereta! Ya Allah.. Apakah. Haha.

On the way Paris ke London ditemani pemandangan yang indah ciptaan Tuhan,


Suhu sejuk plus angin bertiup tengah-tengah laut semenangnya menggugat kesihatan. Badan kena tough!
Alhamdulillah sampai jua ke bandar London. Sesampai je di London, kami terus melawat tempat yang dirancang. Antaranyaaa...


Chealsea Football Club!

Team kami. Hehehe



Harrods, London


Saja try test pasar tani disini. Buah diorang memang fresh n murah!


London Eye, London.


Big Ben, London

Setelah seharian merayap di kota London, kami terus bertolak ke Coventry,UK untuk bermalam disana. Sangat menjimatkan kos jika ada rakan/saudara/kenalan di negara orang. Dengan perjalanan 2 jam sahaja kami tiba di sana pada jam 11.00 pm. Sampai-sampai je tahu tak apa yang terhidang? Nasi! Hahaha. Semua tersangatlah mengidamkan nasi. Kami sangat beruntung suami kepada Kak Ida ni adalah seorang chef yang sangat power masakannnya. Hidangan nasi berlaukkan ikan salmon masak lemak. Yummy!

Malam itu kami beristerirehat dengan sepenuhnya kerana bakal menyambung perjalanan jauh yang seterusnya. Pagi Jumaat itu, dalam jam 10.00 am kami bertolak ke utara UK iaitu bandar Manchester dan Liverpool. Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk tiba di bandar Mancehster. Tujuan kesana hanya lah untuk menjejaki ke stadium Manchester United, Etihad stadium (Mancehster City), dan Liverpool Stadium.










Maka, dengan itu lengkaplah menjejaki kaki ke 4 stadium terkenal di negara UK. Setelah lewat senja, kami pulang ke Coventry dan menghabiskan masa bersama keluarga Kak Ida.

Hari seterusnya, kami breakfast hidangan western sememangnya woww dari suami Kak Ida. Selepas makan, Kami dan  keluarga Kak Ida terus meneruskan perjalananan menegembara sekitar bandar Coventry.



Autumn baby! Lahir masa winter. Omputih betul budak ni. Hehe


Layanan A++ daripada Kak Ida dan suami. Jasamu dikenang.
Apa yang menariknya mengenai Coventry ni adalah, kos sara diri yang sangat rendah. Dengan 2 pound sahaja, kami boleh menikmati satu makanan lengkap di restoren segera seperti KFC. Terdapat juga kedai 1 pound dimana semua barangan berharaga 1 pound, sama seperti di Malaysia dimana terdapat Kedai RM2. Kami berpeluang shopping makanan di sana dengan total hanya 18 pound! Tetapi makanan yang kami perolehi seperti harga ratus2 di Malaysia.

Lewat petang,  kami pulang ke rumah Coventry untuk packing semua barang untuk ke Port Dover,London semula. Setalah 2 jam tiba di Terminal Ferry, kuota ferry full pula, dan kami terpaksa hanya bermalam di Services(RnR) yang disediakan. Keesokkannya pada 10.00 am kami terus menaiki ferry ke Calais Terminal, Paris dan terus ke negara ketiga kami iaitu Amsterdam! Here we go!



 Museumplain&Rijksmuseum, North Holland!




Ringvaart van de Haarlemmermeerpolder


Zaanse Schans WildMill







Dam Square









Maka, dengan itu berakhirlah pengembaraan kami sekitar negara Eropah. Banyak lagi yang ingin saya coretkan disini, tetapi nak menyambut kedatangan Syawal ni, banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu. Harap coretan saya ini memberi panduan atau rujukan kawan-kawan semua! Ni penutup untuk semua... :p





BABAI!