Sunday, December 23, 2012

Luahan hati seorang hamba

Assalamualaikum,

Telah hampir setahun aku meninggal kan dunia blog ni selepas aku berjinak-jinak dan melekat terus ke dunia Twitter. Kenapa aku terdetik menulis semula? Hanya satu sebab. Ingin aku luahan segala yang terpendam di hati ni. Sakit. Ya sakit bila bebanan di hati ini dipikul keseorangan. Aku hanya seorang hamba yang lemah. Seorang wanita. Seorang yang hina. Seorang hati yang mudah tersentuh.

Terlau banyak yang ingin aku luahkan disini, tetapi aku buntu untuk bermula dari mana. Baiklah, aku bermula dengan diri aku sendiri. Sebenarnya, selain Allah di hati ini, aku sering rasa kosong. Berasa hidup ini keseorangan, tiada arah tujuan. Setiap malam sebelum tidur, sering aku merenung masa depan. Siapa diri aku 10 tahun akan datang. Siapa aku?

Cinta? Ya, perkara yang menyebabkanku sentiasa rasa kosong. Sejak dia meninggalkan aku, aku seakan tiada arah hendak dituju. Sebelum ini, dialah kawan, dialah kekasih, dialah keluargaku. Aku semakin letih berpura-pura mencari penggantinya, sedangkan hati aku masih kuat bersama dia. Aku seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi. Cincin. Ya cincin ini buktinya hati aku masih tidak berubah terhadapkan sampai bila-bila. Seringku meyakinkan hati ini bahawa Allah mungkin telah menulis bahawa dia bukan jodohku, mungkin ada sesorang yang lebih baik sedang menungguku, jka bukan didunia ini, mungkin "disana". Aku harus perlu dan mesti yakin akan perkara itu.

Sayang? Ya, aku terlampau sayang akan kawan-kawanku. Hanya mereka penyeriku didunia ini selain keluargaku. Namun, bulan ini sangat mencabar hidup tatkala aku diuji pelbagai ujian mengenai perkara bernama sahabat. Lepas satu, muncul lagi satu ujian. Aku tak tahu apa hikmah disebalik semua ini. Namun, aku pasrah. Dan menyerahkan segalanya kepada Allah setelah aku berusaha memperbaiki segalanya. Hanya kenangan yang mampu aku ingati. Hanya gambar yang mampu aku tatapi. Hanya tulisan yang mampu aku teliti. Juga, aku harus perlu dan mesti menerima hakikat bahawa persahabatan juga oleh berakhir. Aku sentisa mendoakan kejayaan dan cita-citanya.

Masa depan? Ya, ini merupakan tahun akhir aku di bumi UKM ini. Sem terakhir aku menghadiri kuliah dan juga peperiksaan. Setelah itu aku bakal pulang ke kampung untuk menjalani Latihan Industri di sana, disamping keluarga tersayang. Aku masih dalam perasaan yang tidak menentu, sama ada aku teruja untuk menamatkan pelajaran atau sedih untuk meninggalkan ukm iaitu menara gadingku buat selamanya. Sekarang merupakan study week aku bertekad untuk melakukan habis baik untuk sem terakhir ini. Ingin sekali aku merangkul ijazah kelas pertama kelak. Ingn sekali aku bangga kan keluargaku. Ingin sekali. Ya Allah, moga berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai ujian dan rintangan untuk memperoleh segulung ijazah ini.

Kini, aku dalam proses untuk memuhasabah diri. Ingin sekali aku menjadikan diri aku ke arah yang lebih baik. Disukai orang. Disenangi orang. Aku mahu menjadikan diri aku yang terbaik dalam pencapaian hidupku. Namun, keadaan sekeliling merupakan cabaran dalam aku ingin merubah ke arah lebih baik. Moga aku kuat dan boleh menghadapinya. Apa pun yang berlaku, Allah sentiasa disisi. Tidak harus aku merasa diri ini keseorangan. :)

Jumpa lagi !


Friday, March 30, 2012

I MISS U

Assalamualaikum. 
Hapdate belog usai siapkan 2 asaimen membunuh. Sepanjang 2 minggu ni hidup memang tak terurus. 
1st aku sibuk dengan tarian. Even practice tak lama, tapi tetap makan masa aku dengan hal yang lebih penting. Tapi, aku happy jep coz buat benda yang aku minat. Ni ada gambar sikit time performance tarian hari tu.

dengan laily howt ! :)

Maaflah. Tarian baru ni just pakai baju yang dah pakai time dinner abadi hari tu. Jadi, takda mood nak masukkan gambar yang sama. :)

laily lagi..control ayu siott ! hee

ni lah baju tarian yang dah penah pakai..

faten, my couch ! huh

Sebab tarian ni banyak jugak lah keje aku tertangguh. Asaimen jangan cerita lah beratur minta dibuat. Rasa nak nangis dugaan sem ni. Salah aku last sem heaven sangat. So, sem ni kena kerja keras sikit. sekarang tinggal satu je lagi asaimen. Yang lain tinggal tutorial dengan study for midsem n next final. Best of luck for me ! ok lah mau sambung berasaimen.. 
BABAI!

Monday, March 12, 2012

I LOVE YOU

Telah berkurun lama rasanya tak update blog ni. Dah bersawang bagai dah. Ni sebab awal-awal sem ni lah kesibukan yang melampau. Tapi nak diikutkan bukan sibuk setadi, tapi ke benda lain. Minggu first duit masuk, kaki ni pun panjang je la berjalan nya. Sampai tak ada masa langsung weekend. Nak bukti, tengok ni.. 

macam biasa before shopping pose jap :D

depan toilet pun jadi

haaa..JENG3!!! ni lah hasilnya dari pagi ke malam..:)

Okey, tu baru minggu first. And then sibuk dengan program kolej. Simposium Keusahawanan KAB 2012. Ni aku join pun sebab LC, penting tuk pointer aku nanti. Sebagai post cenderahati, aku just buzy dengan ke hulur ke hilir cari cenderahati yang harga seminimum mungkin. Book pluqe, replica. mintak sponsor hadiah and ada jugak tolong post marketing. Sibuk jugak la. Penat jangan cerita lah. Nak jadikan cerita, sebagai AJK aku pun kena jadi peserta. Cisss betul ! tapi... disebabkan aku join jadi peserta. JENG3 ! tengok nih! :D

haaa..jangan jelous..ada bakat rupanya aku dalam main game ni :)

hehee. Bukan aku seorang je. Ni lah group aku

Topi pink ! Ni sebab aku antara 20 terawal dapat naik ke stage seterusnya. Thats why dapat hadiah dis cap ! :)

Nama game ni CATUR BISTARI. Game ni glamour kat peringkat kebangsaan !

ni tengah fikir nak beli saham ke tak. hmmm

Yeahhh !! Ni lah group kesayangan aku !

Aku bersyukur jugak aku join jadi peserta. If tak, tak dapatlah kenal diorang semua ni. Even kenal 5 hari,kitorang sangat-sangat ada chemistry. Hehehe. Aku lepak dengan diorang memang tak kering gusi wa cakap lu. Sangat sporting ang sekepala. OK cukup sampai disini. Program kolej pun da selesai. Mood study dah tiba.  FOKUS !

BABAI !

Tuesday, January 17, 2012

YEEEPIIII !!!

Setelah 2 minggu akhirnya. Arghhhh. Aku happy. Rindu terubat.
Even memang Yang Terindah Hanya Sementara bak kata Erra Fazira. 
Hurmm. Tak pelah, at least dapat jugak aku senyum sikit setelah sekian lama muka ni macam muka mintak pelempang stress study. 
Harap malam ni dapat mimpi yang indah-indah je. :) 
k lah nak sambung study. Ade 2 paper lagi ohoooi~! BABAI !

Monday, January 16, 2012

KU MENANGIS

Aku memang tak suka menangis lah. Tapi saat ni aku nak nangis boleh? 
Satu patah aku baca nih langsung tak menusuk dalam pale otak aku langsung! 
Macam ada sekatan roadblock kt otak aku nih. Otak aku dah tak boleh terima apa-apa lagi. 
Rasa macam nak buat-buat pengsan 4 hari. Biar tak yah kena pergi jawab exam. 
Cepatlah masa berlalu. Biar masa membawa kestressan ni sekali. 
Nak balikkkkkkkkkkkkkkkkk~ 
BABAI!

STRESS INFINITI

Buat pertama kalinya aku merasa tekanan study melampau. Student lain da ramai yang habis exam. Aku ni still terkedek-kedek study memanjang. Tapi tak habis-habis jugak. Exam kali ni betul-betul buat aku stress! 3 paper lagi. Plus lak dengan asaimen. Tetiba je. Orang lain sibuk exam, aku ni berasaimen pulak.

And at the same time aku RUMAH SAKIT (homesick) sangat. Juga buat pertama kali aku rumah sakit. Haishhh. Tak suka situasi and perasaan macam ni. Tak sabar nak balik nak peluk cium anak buah. Arghhh.. Tak sabar. Tak sabar nak balik. Kawan baik aku kahwin jumaat ni. Hurm. Satu-persatu kawan-kawan aku kahwin. Nada jeles disitu.

Enough yat! Yang penting sekarang, finish ur paper 1st! So, pergi tidur sekarang. Masa semakin suntuk. 3 more paper to go u know?! Babai !

Friday, January 13, 2012

THE NEXT SITI NURHALIZA


Assalamualaikum. The next Siti Nurhaliza? Jangan tertipu. Hehe. Ni my little princess. Ni bukan anak aku. Kahwin pun belum lagi. Bukan nak kata kahwin, Calon nak kahwin pun tak ada lagi ni. Camno nak ada anak. Teringin jugak nak kahwin (muka serius). Ni d first cahaya mata kak long aku. Beliau lahir 11 Januari 2012. Macam kenal je tarikh ni kan. Birthday idola aku ni CT. Tahu-tahu je anak buah aku ni nak keluar bila. 

Yang sedihnya, aku tak dapat pergi tengok beliau (baby di atas) lagi. Exam. :(
Tak pelah, lagi seminggu saja lagi. Sabar. Fokus exam dulu ok. "Sebagai MAK TEH (panggilan baru tuk aku) contoh, kau kena tunjuk tauladan dan akademik yang bagus kat anak buah kau" (berkata-kata dalam hati). RUMAH SAKIT (homesick) jap!

Nak kasi tahu. Macam kebetulan je. Mak kepada princess ni ( kak long aku) memang obses CT. Suara pun konon-konon nya macam suara CT. Konon nya la kan. Iye kan aje lah. Nak tahu macam CT ke tak try layan suara kak long aku ni jap. (kalau dia tahu aku publish video dia ni, kena smackdown aku)



Abaikan watak-watak sampingan dan suara-suara sumbang di belakang tu ye. And sorry video ni dibuat oleh jurukamera yang terlebih pengalaman. :)  Dalam ni ada kak long, abang ipar (laki kak long aku) adik pompuan aku yang gedik, and 2 orang adik lelaki aku and jugak ada aku. 

Nak dijadikan cerita, kak long aku ni memang kaki karoks (macam aku ). Tengok dalam video ni tengah pregnant kan si princess ni pun still nak berkaraoke. Ape daaa~ Thats why princess aku ni keluar dari perut pada tarikh sama dengan birthday CT agaknya.
Ni picture-picture time pergi karoks kat kampung baru ni.

ni lah dia kak long aku KAMILAH
  
satu-satunya abang ipar aku KAMIL
kembar? plss dont say that.. 

d only one my little sis yang makin hari makin gedik :)

ni jela adik-adik aku makan penampo aku tiap hari hehe
 Harap-harap baby ni dah besar comel macam CT pun ok jugak. Hehe. 

anak buah aku 25 tahun akan datang hehee :)

Ok lah reader. BABAI
-Nak sambung study-

Wednesday, January 11, 2012

BECAUSE OF YOU I'M STILL HERE

Assalamualaikum. Tiba-tiba malam ni terlintas nak hapdate belog sal someone yang sangat berharga bagi aku kat UKM ni sejak termimpikan dia petang tadi. Hehe. Aku start kenal dia time tahun 1. Tapi tak rapat pun time tu. Biasa-biasa je. Start aku rasa dia memang seorang yang sangat baik since sem 3 tahun 1 last year. Time tu aku ada satu masalah besar bagi aku. Masalah dengan kawan-kawan (group/geng) time tahun 1 dulu. Aku dipulau habis ngan geng aku tu atas sebab-sebab tertentu. Tak perlulah aku ingat lagi sal tu. Bazir karan je. Time tu aku rasa sangat berkeseorangan. Tiap malam menangis meratapi nasib sorang-sorang kat UKM. Berminggu-minggu aku buat semua sendiri. Pergi class sendiri, buat kerja sendiri, pergi makan sendiri. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku time tu. 

Ceritanya bermula bila ada satu class ni macam biasa la ada asaimen berkumpulan yang perlu dibuat. Cari punya cari takde siapa pun pelawa aku tuk jadi ahli group dorang. Nak meleleh dah air mata time tu. Tambah-tambah lagi kawan paling rapat since orientasi buat-buat tak kenal aku and taknak pun ambik aku join group dorang even before tu dengan dia la selalu aku group. Sangat sedih and orang yang mengasihani aku waktu tu adalah beliau. Itu lah start kitorang jadi rapat. 

Aku sangat terharu bila dia berusaha carikan aku group waktu tu. Sampai last-last dia sanggup buang ahli group dia yang sedia aku tuk masukkan nama aku. Time tu aku rasa nak peluk je dia. Tapi memang taklah kan aku nak wat cam tu. Aku control la. Even dalam hati dah meleleh-leleh. Start pada tu aku banyak spend time masa ngan dia. Buat asaimen sama-sama study sama-sama. Aku takkan lupa peristiwa ni sampai bila-bila. Aku selalu terfikir if dia tak tolong aku waktu tu, dengan siapalah aku berkawan sekarang kan. Korang mesti tertanya-tanya siapa kan. TARAAAA~~~!! Ini lah dia orang nya. SITI AMINAH HASAN :)

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perkenalan kitorang. Ada banyak lagi, tapi bagi korang tengok yang ni pun kira bersyukur lah korang. Hehe. Layannn..


MYN_YAT
Comel kan dia. Sekali pandang ramai yang konpius which one dari sabah which one dari pahang. Korang ce teka. Hehe. Kadang-kadang kitorang iakan saja. Aku orang Pahang, beliau dari Sabah. Tak tahu kenapa ramai yang salah nilai tertukar asal kami. :)


bersama beliau jadi urusetia game cricket UKM
 Sweet memory time ni. Semua masalah hilang. Spend time lebih seminggu ngan beliau. Sejak time ni lah kami jadi sangat rapat. Mana ada myn mesti ada yatt. Mana ade yatt kadang-kadang jelah myn ada. Hehe. Kidding!

time program PRS UKM (jangan marah ye myn aku letak gambar ni hehe)
Apa-apa je problem dia lah orang pertama aku cari kat UKM ni. Sangat memahami and sporting! And good listener.

suprise party from her dll
 Sangat terharu dia salah seorang wat suprise birthday party untuk aku. Memang suprise. Seriously! Hadiah yang kau bagi tu, aku tak guna lagi myn. :)

good speaker :)
 Sesapa je yang dengar dia bercakap kompem terpaku ngan kebahasabakuan dia. Hehe. Sangat faham didengar coz sebijik-sebijik and jelas percakapannya. Sabah la katakan. Memang good speaker. If buat presentation memang best la.

konvensyen eumora mestilah dengan myn
 Budak yang kecil molek and sangat comel menjadi rebutan kolej ni. Hehe.

banyak persamaan
 Minat yang sama suka keluar join apa-apa program yang menyeronokkan, bukan formal. Jarang berlaku selisihan pendapat antara kitorang. Pendek kata memang sekepala!
myn lagi_kem al-azzhar
 Ada time susah and senang. Tak pernah pentingkan diri. Malahan lebihkan orang lain dari diri sendiri.


otak gila-gila thts my babe
 Dia sangat gila-gila. Thats my babe. Hehe. Sangat boleh masuk dengan aku. Aku selesa giler ngan dia. Sangat jujur. Tak hipokrit. I'm so lucky coz know you babe. :)


game bowling kelab fakulti
Walau dia tak bape pro main bowling (jangan marah :), tapi sebab aku die sanggup join, ikut aku, teman aku. Tapi dia main bowling sangat comel! Seriously. Kami sangat suka berbowling. Thats why she's my babe! Last sekali persamaan kami berkaroks. Dah suka karoks, mestilah suara sedap kan. Yup, suara dia best, sangat unik! Bila lagi kita nak berduet ni :) 

Ok lah korang. Hari pun da nak bertukar warna. Esok aku nak spend time Berhari-hari ngan beliau tanpa gangguan sesiapa. Better aku masuk tidur dulu. Hope esok semua berjalan lancar. Babai!

Tuesday, January 10, 2012

MUZIK DAN LANGKAH BERSATU

-dalam pahit ada manisnya-

baru dapat sebenarnya video ni_last year punya event

Bidang seni memang bidang yang aku minat giler. Aku sangat sukakan hiburan. Nyanyian memang bidang aku dari sekolah lagi. Tapi, tarian? huhh, tak tahu macam mana tetiba terperangkap dalam dancing ni. Semua start since masuk UKM. Dah aku minat kesenian, so aku join la sekreteriat kebudayaan kat kolej. Konon nya saja lah nak cuba sesuatu yang baru, asyik menyanyi je kan. So,gatal-gatal lah try tarian. Haaa..hamik kau.. Dah tak boleh nak keluar dah. Tiap performance and event kolej muka aku jugak dipanggil. Nak kata pro sangat menari, lintang pukang, kayu jugak. And boleh kata lahar jugak la menari. Layan jap gambar-gambar ni.

awesome asmaradana_college dinner

ada tatkala susah dan senang

bidang terjunku

ika_nik_faten_aku_mal_tim_lily


aminuddin baki dancer

 Ada banyak giler lagi sebenarnya gambar-gambar tarian aku walau baru setahun lebih sector ni. Tapi takkan semua aku nak public kan. Sikit-sikit sudah la :). Babai !

Sunday, January 8, 2012

KRISIS AIR DI UKM

i love water
Sudah dekat seminggu UKM ade krisis air. Bijak air ni, time-time minggu exam ni jugak lah die nak menghilangkan diri. Tapi tak pelah. Dugaan bila-bila je boleh datang. Mula-mula memang panas hati jugak la. Bengang ngan UKM lah. Bayar yuran bukan main mahal, tapi ada problem macam ni. Siapa tak geram. Tapi bila dah selidik, actually bukan salah UKM pun. Memang ada masalah pengurusan kat luar sana. 

aku dah banyak menyumbangkan keuntungan kat syarikat sabun mandi..:)
 Nak dijadikan cerita, aku ni kalau mandi memang tak hengat dunia. Bukan mandi je, kalau guna toilet pun memang kalau ada orang lain nak guna kompem dah maki-maki aku sambil dah 'terlabur' dalam seluar. Entahlaa, aku dan air memang tak dapat dipisahkan. Apa-apa jela yang berkaitan penggunaan air, memang aku suka berlama-lamaan. Basuh kain ke, basuh pinggan ke, memang sampai boleh nampak muka aku kat pinggan tu aku buat.

Jadi, bila jadi nya krisis air ni, lagi-lagi time musim exam ni, memang beri penangan dan tamparan hebat kat aku. Mood pun jadi kurang cantek, rase nak mengamuk sakan je tiap masa. Dengan tu, ni agak nya pengajaran untuk aku, yang suka melakukan penggunaan air secara berlebihan. Ada juga hikmah nya untuk aku bila berlku krisis ni.

JADI,DENGAN INI SAYA BERJANJI TIDAK LAGI MENGGUNAKAN AIR SECARA MELAMPAUI BATAS.. ^_______^

PERSEDIAAN MINGGU EXAM..

Sememangnya semua student akan hadapi tekanan semasa musim peperiksaan..aku juga..
Jadi, mari lakukan ini..:)

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, kita akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna kita telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut kita membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, kita janganlah jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan kita dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan kita kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang kita sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari, bukannya berdasarkan minat kita sahaja.