Sunday, December 23, 2012

Luahan hati seorang hamba

Assalamualaikum,

Telah hampir setahun aku meninggal kan dunia blog ni selepas aku berjinak-jinak dan melekat terus ke dunia Twitter. Kenapa aku terdetik menulis semula? Hanya satu sebab. Ingin aku luahan segala yang terpendam di hati ni. Sakit. Ya sakit bila bebanan di hati ini dipikul keseorangan. Aku hanya seorang hamba yang lemah. Seorang wanita. Seorang yang hina. Seorang hati yang mudah tersentuh.

Terlau banyak yang ingin aku luahkan disini, tetapi aku buntu untuk bermula dari mana. Baiklah, aku bermula dengan diri aku sendiri. Sebenarnya, selain Allah di hati ini, aku sering rasa kosong. Berasa hidup ini keseorangan, tiada arah tujuan. Setiap malam sebelum tidur, sering aku merenung masa depan. Siapa diri aku 10 tahun akan datang. Siapa aku?

Cinta? Ya, perkara yang menyebabkanku sentiasa rasa kosong. Sejak dia meninggalkan aku, aku seakan tiada arah hendak dituju. Sebelum ini, dialah kawan, dialah kekasih, dialah keluargaku. Aku semakin letih berpura-pura mencari penggantinya, sedangkan hati aku masih kuat bersama dia. Aku seperti tidak dapat menerima hakikat bahawa dia bukan milikku lagi. Cincin. Ya cincin ini buktinya hati aku masih tidak berubah terhadapkan sampai bila-bila. Seringku meyakinkan hati ini bahawa Allah mungkin telah menulis bahawa dia bukan jodohku, mungkin ada sesorang yang lebih baik sedang menungguku, jka bukan didunia ini, mungkin "disana". Aku harus perlu dan mesti yakin akan perkara itu.

Sayang? Ya, aku terlampau sayang akan kawan-kawanku. Hanya mereka penyeriku didunia ini selain keluargaku. Namun, bulan ini sangat mencabar hidup tatkala aku diuji pelbagai ujian mengenai perkara bernama sahabat. Lepas satu, muncul lagi satu ujian. Aku tak tahu apa hikmah disebalik semua ini. Namun, aku pasrah. Dan menyerahkan segalanya kepada Allah setelah aku berusaha memperbaiki segalanya. Hanya kenangan yang mampu aku ingati. Hanya gambar yang mampu aku tatapi. Hanya tulisan yang mampu aku teliti. Juga, aku harus perlu dan mesti menerima hakikat bahawa persahabatan juga oleh berakhir. Aku sentisa mendoakan kejayaan dan cita-citanya.

Masa depan? Ya, ini merupakan tahun akhir aku di bumi UKM ini. Sem terakhir aku menghadiri kuliah dan juga peperiksaan. Setelah itu aku bakal pulang ke kampung untuk menjalani Latihan Industri di sana, disamping keluarga tersayang. Aku masih dalam perasaan yang tidak menentu, sama ada aku teruja untuk menamatkan pelajaran atau sedih untuk meninggalkan ukm iaitu menara gadingku buat selamanya. Sekarang merupakan study week aku bertekad untuk melakukan habis baik untuk sem terakhir ini. Ingin sekali aku merangkul ijazah kelas pertama kelak. Ingn sekali aku bangga kan keluargaku. Ingin sekali. Ya Allah, moga berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai ujian dan rintangan untuk memperoleh segulung ijazah ini.

Kini, aku dalam proses untuk memuhasabah diri. Ingin sekali aku menjadikan diri aku ke arah yang lebih baik. Disukai orang. Disenangi orang. Aku mahu menjadikan diri aku yang terbaik dalam pencapaian hidupku. Namun, keadaan sekeliling merupakan cabaran dalam aku ingin merubah ke arah lebih baik. Moga aku kuat dan boleh menghadapinya. Apa pun yang berlaku, Allah sentiasa disisi. Tidak harus aku merasa diri ini keseorangan. :)

Jumpa lagi !


No comments: