Tuesday, August 25, 2015

Perhentian Island Trip August 2015

Assalamualaikum,

Trip kali ni saya teringin untuk menenangkan fikiran dan melupakan masalah duniawi buat sementara tapi memerlukan bajet yang sangat rendah dan masa yang singkat di hujung minggu dalam 2 atau 3 hari sahaja. Secara kebetulan kekasih wanita saya, Fatin mempunyai niat yang sama, jadi beliau telah mencadangkan untuk ke Pulau Perhentian kerana dengar khabarnya disana mempunyai laut yang sangat cantik dan masih belum tercemar seperti di Pulau Langkawi yang pernah saya pergi dahulu. jadi untuk membuktikan kebenarannya, tanpa berfikir panjang kami terus menempah tiket bas dan juga penginapan.

Hari 1 :
Bertemu Fatin di TBS KL untuk menaiki bas Mahligai Express pada jam 9.30 malam untuk ke Kuala Besut dengan harga tiker RM88 pergi dan balik. Perjalanan memakan masa selama 8 jam termasuk waktu rehat di RnR. Tiba di Terminal Kuala Besut pada jam 5.30 pagi. Kebetulan terdapat sebuah masjid bersebelahan terminal, dan kami ke masjid untuk membersihkan diri dan solat Subuh sementara menunggu kawan Kuala Besut, Naem menjemput kami untuk ke jeti. Selepas bersarapan berhampiran terminal, kami meronda-ronda di sekitar Kuala Besut sementara menunggu bot pada jam 12 tengah hari di jeti.

Sekitar di Pantai Kluang





Memandangkan makanan di pulau sememangkan mahal, kami shopping sedikit makanan ringan di Kuala Besut untk bawa ke pulau nanti. Kami naik bot pada jam 12 tengah hari, dan memang diberi keutamaan kerana ada kabel iaitu Naem dan kawan beliau, Mila. Jadi, kami tidak perlu menunggu seperti orang lain plus mendapat diskaun untuk tiket bot pada harga asal RM70 pergi dan balik (Hehehe). Sebelum ni saya pernah ke pulau, tapi disini kali pertama saya naiki bot yang sangat adventure. Sangat tak digalakkan untuk membawa orang-orang tua atau kanak-kanak yang kecil. Sangat mencabar ditambah dengan waktu perempuan yangg kurang sesuai (period). Punggung dan perut terasa senak kerana terhentak akibat bot yang melompat-lompat. Nak ambil gambar di dalam bot pun tak dapat gambar yang cantik kerana keadaan bot yang tidak mengizinkan.

Ini sajalah yang sempat curi-curi bergambar. Sedihh!


Nampak tak ketidakselesaan tu? Sighh

Setengah jam berada atas bot biadap tu, di tengah-tengah laut diarahkan pula transfer ke bot lain, bot kecil, orang sana panggil teksi dengan harga RM2, jadi lega sedikit sebab bot tu bawa slow and steady.
Barulah dapat bergambar dengan rianya :D

Finally, tiba jua kami di Pulau Perhentian dengan kepala yang berpinar akibat cuaca yang sangat-sangat panas. Tanpa berlegah, kami terus ke tempat penginapan kami iaitu D'Rock Garden. Ada banyak pakej, kami cuma ambil bilik sederhana besar dengan harga RM135 satu malam.





Kami memulakan aktivit pada jam 2.00 pm selepas Zohor usai berehat dan membersihkan diri. Kami turun ke pantai untuk ke destinasi pertama iaitu kincir angin. Terdapat 2 pilihan untuk ke sana iaitu dengan cara mendaki bukit, ataupun menaiki tangga. Pada mereka yang sukakan cabaran sila pilih pilihan pertama. Kami memilih pilihan kedua memandangkan kami kesini untuk berehat dan tidak mahu terlalu penat. Bagi pilihan yang kedua, kami menyewa teksi untuk ke port tangga dengan harga RM20 seorang pergi dan balik. 









Untuk pengetahuan mereka yanh belum kesini, laut di belah kincir angin ini adalah antara angle view yang paling cantik, jadi sangat rugi andai kesini tetapi tidak menjejaki kaki ke sini.

TARAAA! Ni adalah gambar real yang dapat saya ambil hanya menggunakan iphone 5 saya tanpa edit. Cantik bukan? Seriously air laut seakan Bora bora island kat France.



Kami naiki tangga yang amatlah panjang untuk menuju ke puncak dimana terdapatnya kincir angin seperti di negara Eropah. Ia merupakan stesen janakuasa hibrid pertama di Asia yang menjana bekalan elektrik bagi kegunaan penduduk di Pulau Perhentian. kami meniti satu demi satu anak tangga untuk sampai ke puncak stesen janakuasa ini tetapi kepenatan tersebut hilang selepas puas melihat panorama Pulau Perhentian dari arah puncak bukit tersebut.







Kami bermula menaiki tangga pada jam 2.30 pm, setelah puas bergambar dan berehat di puncak bukit, kami turun semula pada jam 4.00 pm untuk berendam di air laut yang sangat jernih di bawah sebelum teksi mengambil kami semula pada jam 5.30 pm.










Setelah puas menikmati kejernihan air masin, teksi mengambil kami semula untuk ke pulau. Niat di hati untuk menyaksikan sunset pada petang itu, malangnya matahari terbenam dibahagian belakang bukan dari arah laut. jadi, kami postpone niat itu untuk nikmati sunrise pada pagi keesokkan harinya. Jadi, pada petang itu, kami hanya bersantai di pantai menjelang ke waktu senja. Pada waktu malam, kami hanya berehat di bilik kerana hujan lebat diluar, dengan itu kami dapat tidur dengan amat lena dalam kesejukkan.

Hari 2:
Kami hanya menyaksikan sunrise dari beranda bilik kerana terlewat bangun! (hahaha).



Kami teruskan dengan aktiviti utama iaitu snorkeling dengan pakej long trip selama 5 jam dengan harga RM50 seorang tetapi seperti biasa kami berdua dapat diskaun (hehehe). Tepat jam 11.oo am kami bersama-sama dengan mat dan minah saleh menaiki bot untuk menuju ke 7 destinasi perhentian snorkeling. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah untuk mencuba aktiviti ini, jadi tersangat gugup dan menggeletar sebab saya tak pandai langsung berenang (hahaha). Tetapi saya berbangga dengan diri saya berjaya untuk mengatasi ketakutan air. Yahoo!














Selesai sudah aktiviti snorkeling. Jam 5.00 pm kami sudah tiba di pantai pulau semula dan menghabiskan masa dengan bersantai di pantai berbual-bual dengan abe ganu dan kawan- kawan baru.

Pekena ABC Special RM7

Nasi Lemak Ayam RM6

ABJ RM6

Sesudah keletihan kami pulang ke bilik untuk bersihkan diri dan turun semula untuk melihat kemeriahan waktu malam di tepi pantai. Setakat pemerhatian saya, Pulau Perhentian tidaklah semeriah di Pulau Langkawi. Tidak bayak kedai yang buka, cuma terdapat 1 atau 2 kedai yang meriah, itupum kemeriahan akibat minah dan mat saleh yang menari nari sambil minum minuman keras dan juga shisha. Akibat tidak selesa dengan suasan tersebut, kami bersantai di jauh dari orang ramai di tepi pantai berbual dan hampir terlelap. Tersedar pada jam 2.00 am, kami pulang ke bilik dan tidur.

Hari 3 :
Checkout bilik pada jam 11.00 am, kami packing barang dan terus ke bawah untuk menaiki teksi dan bot pada jam 12.00 pm. Tiba di jeti, Naem pick up kami dan meneruskan aktiviti sekitar Kuala Besut sementara menunggu bas pada jam 8.30 pm. Sampai disni sahaja yang saya mampu coretkan percutian saya untuk kali ini. InsyaAllah saya akan plan untuk next trip akan datang. Nantikan.....

Akhir kata, atas permintaan semua saya listkan bajet secara ringkas sepanjang 3 hari saya di Pulau Perhentian..

Tiker Bas : RM44 x 2 (pergi & balik)
Tiket Bot : RM35 x 2 (pergi & balik)
Penginapan : RM135 x 2 (2 malam)
Snorkeling : RM50
Teksi : RM2 x 2 (pergi & balik)
Teksi (kincir angin) : RM20 (pergi & balik)
Makan : RM30 x 3

TOTAL : RM592.00 (exclude discount) :p



Selamat Tinggal Perhentian Island. See you next year.. :*












No comments: