Sunday, January 8, 2012

KRISIS AIR DI UKM

i love water
Sudah dekat seminggu UKM ade krisis air. Bijak air ni, time-time minggu exam ni jugak lah die nak menghilangkan diri. Tapi tak pelah. Dugaan bila-bila je boleh datang. Mula-mula memang panas hati jugak la. Bengang ngan UKM lah. Bayar yuran bukan main mahal, tapi ada problem macam ni. Siapa tak geram. Tapi bila dah selidik, actually bukan salah UKM pun. Memang ada masalah pengurusan kat luar sana. 

aku dah banyak menyumbangkan keuntungan kat syarikat sabun mandi..:)
 Nak dijadikan cerita, aku ni kalau mandi memang tak hengat dunia. Bukan mandi je, kalau guna toilet pun memang kalau ada orang lain nak guna kompem dah maki-maki aku sambil dah 'terlabur' dalam seluar. Entahlaa, aku dan air memang tak dapat dipisahkan. Apa-apa jela yang berkaitan penggunaan air, memang aku suka berlama-lamaan. Basuh kain ke, basuh pinggan ke, memang sampai boleh nampak muka aku kat pinggan tu aku buat.

Jadi, bila jadi nya krisis air ni, lagi-lagi time musim exam ni, memang beri penangan dan tamparan hebat kat aku. Mood pun jadi kurang cantek, rase nak mengamuk sakan je tiap masa. Dengan tu, ni agak nya pengajaran untuk aku, yang suka melakukan penggunaan air secara berlebihan. Ada juga hikmah nya untuk aku bila berlku krisis ni.

JADI,DENGAN INI SAYA BERJANJI TIDAK LAGI MENGGUNAKAN AIR SECARA MELAMPAUI BATAS.. ^_______^

2 comments:

Mohd K. Anuar said...

eiii awak tak mandi, busyuk busyuk.. :P

yatty ismail said...

mandi ahh..xcaya meh bau..hiihi