Friday, January 13, 2012

THE NEXT SITI NURHALIZA


Assalamualaikum. The next Siti Nurhaliza? Jangan tertipu. Hehe. Ni my little princess. Ni bukan anak aku. Kahwin pun belum lagi. Bukan nak kata kahwin, Calon nak kahwin pun tak ada lagi ni. Camno nak ada anak. Teringin jugak nak kahwin (muka serius). Ni d first cahaya mata kak long aku. Beliau lahir 11 Januari 2012. Macam kenal je tarikh ni kan. Birthday idola aku ni CT. Tahu-tahu je anak buah aku ni nak keluar bila. 

Yang sedihnya, aku tak dapat pergi tengok beliau (baby di atas) lagi. Exam. :(
Tak pelah, lagi seminggu saja lagi. Sabar. Fokus exam dulu ok. "Sebagai MAK TEH (panggilan baru tuk aku) contoh, kau kena tunjuk tauladan dan akademik yang bagus kat anak buah kau" (berkata-kata dalam hati). RUMAH SAKIT (homesick) jap!

Nak kasi tahu. Macam kebetulan je. Mak kepada princess ni ( kak long aku) memang obses CT. Suara pun konon-konon nya macam suara CT. Konon nya la kan. Iye kan aje lah. Nak tahu macam CT ke tak try layan suara kak long aku ni jap. (kalau dia tahu aku publish video dia ni, kena smackdown aku)


video

Abaikan watak-watak sampingan dan suara-suara sumbang di belakang tu ye. And sorry video ni dibuat oleh jurukamera yang terlebih pengalaman. :)  Dalam ni ada kak long, abang ipar (laki kak long aku) adik pompuan aku yang gedik, and 2 orang adik lelaki aku and jugak ada aku. 

Nak dijadikan cerita, kak long aku ni memang kaki karoks (macam aku ). Tengok dalam video ni tengah pregnant kan si princess ni pun still nak berkaraoke. Ape daaa~ Thats why princess aku ni keluar dari perut pada tarikh sama dengan birthday CT agaknya.
Ni picture-picture time pergi karoks kat kampung baru ni.

ni lah dia kak long aku KAMILAH
  
satu-satunya abang ipar aku KAMIL
kembar? plss dont say that.. 

d only one my little sis yang makin hari makin gedik :)

ni jela adik-adik aku makan penampo aku tiap hari hehe
 Harap-harap baby ni dah besar comel macam CT pun ok jugak. Hehe. 

anak buah aku 25 tahun akan datang hehee :)

Ok lah reader. BABAI
-Nak sambung study-

4 comments:

zulhilmi tempoyak said...

ur sis really cute la...

bleh x anda jd kakak ipar sy..hihih

yatty ismail said...

sis mane 1 ni..ngeeee

Mohd K. Anuar said...

hai adik.. eh alamak, Yatty dah jeling tajam pulak. ah kantoi.. hehe

yatty ismail said...

ggrrrrr......kita putus!